Friday, November 27, 2009
Bila waktu telah berhenti
Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu
Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi
- Opick-
Thursday, November 26, 2009
Recycle your life?
Kau pernah rasa tak kau keep repeating the same things hampir setiap hari. Kau bgn pagi - pergi kerja - balik keje - online - tido - bgn pagi - pergi kerja - balik kerja - online - tido - ...do the same routine continously...-
Tapi itu memang tanggungjawab kau untuk cari duit. Nak tak nak kau memang kena buat secara recycle. Tapi kalau setiap apa yg kau cakap, setiap ayat yg kau sms pun benda yg sama je setiap hari..kau tak rasa ke hidup kau macam pelik? Kau mesti rasa nak something yang berbeza even bukan setiap hari tapi cukup kalau seminggu or sebulan sekali berlaku benda yang bukan sama.
Kau mesti nak dengar cerita yg berbeza kan? So bila kau sampaikan cerita kau pada org, actually u're telling the different stories. Sebab memang kau ulang buat routine yg sama setiap hari, tapi mesti ada tambahan element-element baru; macam hari semalam kau buat lab work tapi hari ni kau buat documentation. Kedua-dua tu tak sama tapi masih dikira routine kau yg sama iaitu "pegi kerja". Bila org tanya kau hari kau macam mana, kau biasanya akan jawab secara general "kerja macam biasa," or "takde yg menarik pun,"...kau sepatutnya jawab "kerja macam biasa,tapi hari ni aku....," dan apa salahnya kau tambah ayat yg belakang tu dengan penceritaan yg lebih spesific. Sebab bila org tanya hari kau macam mana, maknanya dia berminat nak tahu hari-hari yg baru kau lalui.
Bila kau bercerita or berminat nak tau cerita yang berbeza..baru kau akan rasa routine hidup kau bukan sentiasa berkaitan hal-hal yg sama je. Dan apa salahnya kau ringankan mulut bertanya kawan kau tentang hari dia, sekurang-kurangnya dia tahu dia bukan seorang utk hadapi semuanya.
WHAT YOU GIVE YOU SHOULD GET BACK!
Sunday, November 22, 2009
Incik hayat & note book
Bosan kan asyik cite pasal stress, keciwa, perasaan-perasaan duka lara. Macamlah hidup ni takde langsung yg indah-indah. Hidup ni sebenarnya best..tapi kita ni byk sgt pikir benda-benda yg tak best drpd yg best-best tu. Jom abaikan perasaan mazmumah tu..^_^
Semalam sy memang gile nak tgk 2012..tapi malangnye ramai sgt manusia lain yg tgk cite tu jgk. Disebabkan sy & incik hayat mmg sama-sama pemalas nak beratur panjang-panjang tu...so dengan kuasa ketua keluarga (ececeh poyo je..) incik hayat pun decide kitaorg gi survey & buat research psl wiper kereta utk projek PSM dia. Survey berlangsung di shopping complex-shopping complex terpilih..huhu
Masa incik hayat sibuk menyalin semua info psl wiper tu..sy plak sibuk snap gamba dia. Incik hayat tanya..." Anis msg-msg sape tu?"...sy jawab,"takla..tgk-tgk msg lama"...
Sugguh cumil incik hayat bersama note booknye. Serius memang incik hayat dan note book tu sama-sama cumil. Kenapa?? Hohoho...bila sy belek-belek note book tu, kat bahagian reminder dan kalender..kedua-duanya ada tulis "anis birthday"...tapi kedua-duanya salah tarikh. Birthday sy 16 April ok! Tapi kat reminder dia tulis kat 20 April..dan kat kalendar dia tick kat 16 March..dan kedua-dua bertajuk "anis birthday". Mula-mula tu memang terharu la tgk ada "anis birthday" tu, tandanya incik hayat sentiasa ingat sy, macam sweeeeet sgt...tp bila dah dua-dua tarikh salah, erkk nak marah pun rasa nak gelak ^_^. Sy tgk note book tu masa kat surau coz incik hayat tumpang letak kat beg sy...dan masa tu rasa tak sabar-sabar nak pakai tudung cepat-cepat dan pegi serang dia..hahaha. Sy dah agak dah bila serang dia, bukan dia buat muka bersalah pun..dia gelak lagi kuat drpd sy. cess!
Haih..incik hayat oh incik hayat...nape la cumil sgt..
TAMMAT!
Tuesday, November 17, 2009
Teringat cerita dulu..
Mari sama-sama dgn sy berdoa utk Presentation PSM 1 incik Hayat esok ^_^
Sy jadi teringat pd presentation FYP (Final Year Project) sy tahun lalu. Kena hentam kaw-kaw punye. Course sy dibahagi dua ketika hari presentation. Masa presentation FYP 1, sy dgr cerita ada beberapa org kwn yg menangis di bilik sebelah. Ada yg terlalu berani menjawab sampaikan lecturer ckp "u're being rude..". Pehh rugi betul sy tak dpt tgk situasi tu & mujur sy salah seorg the lucky one yg tak tersenarai utk present di bilik tu ^_^
Masa nak present cuak tu memang tak payah ckp la..jantung mcm nak terkeluar je. Tapi, once kita dah mula present title project..tiba-tiba akan rasa semangat dan berani. Yela, tu kan projek kita..so mestila kita dah byk buat research dan confident dgn projek sendiri. Tapi bila time kena tembak bertubi-tubi dgn soalan..terbelit-belit lidah nak reka jawapan dan kadang-kadang jawapan tu ikut logik akal kita sendiri jek.ahaks! Memang rasa bengang bila jawapan kita tu mcm tak menjawab soalan je hahaha..tapi akan rasa lebih bengang lagi bila supervisor kita sendiri yg buat-buat tak dgr dan mcm tak kenal bila kita kena tembak dgn das-das soalan yg gile susah. Yang plg sy hangin dulu bila ada satu lecturer ni tanya sy ape yg silap dgn tajuk projek sy tu dan supervisor sy buat-buat tak dgr soalan tu sedangkan tajuk tu dia yg buat, itu pun setelah 3-4 kali dia tukar tajuk sy 2 bulan sebelum presentation tu. Supervisor sy tu memang takde perasaan kot..dia penah failkan 52 student drpd 63 student dlm class sy utk test subjek kimia petroleum. Memang frust gile semua org masa tu..huhu.
Tapi bila hidup mula rasa bosan dgn kerja yg sy buat tanpa rasa jiwa lewat akhir ni, tiba-tiba jadi rindu dgn student life balik..rindu nak pegi melepak kat lab, rindu nak buat muka bengang setiap kali pegi ofis fakulti utk pinjam stapler besar gedabak tu tp ofis girl kat situ lebih sudu dr kuah daripada bos dan paling rindu nak beratur dr kul 6.00 pagi setiap kali sem baru semata-mata nak berebut daftar subjek elektif yg wajib kitaorg ambik utk 9jam kredit saje tapi bila dah tinggal lagi separuh je utk masuk ke lab komputer tu tiba-tiba kena keluar line sbb ada class. Dulu bengang memaki-maki dlm hati kata harapkan kolej je cantik, tandas berkilat tapi setiap kali sem baru kena beratur panjang gile jgk.....tapi sekarang rindu...
Teringat jgk pada 2 tangki air yg jadi mercu tanda Unimas tu. Nampak cam selekah je jadikan tangki air mercu tanda..tapi itu sebenarnya yg unik!

notakukukaki: CHAIYOK-CHAIYOK INCIK HAYAT!!!

Tuesday, November 10, 2009
Gile kentanglahhhhh!
Seriously i've to do more exercises!
Malam ni saje sy dah makan dgn kadar melampau.
Balik keje tadi gi subaidah mkn roti canai sardin dgn incik Hayat...
Balik umah terus sambung mkn satey yg abah beli...
Menjelang jam 11pm ni..sy mkn burger ayam yg jg dibeli oleh abah...
Sekarang ni sy sesuka hati je jadi pelahap tanpa memikirkan kegemokkan yg bakal melanda.
Erkk..takutnye!
Kalau setakat jalan kaki sikit je dari parking ke ofis, then balik umah mkn dgn rakus pastu tidur dgn jayanya..ohh memang sangat syabas la kalau lepas ni pipi jadi padat, perut jd boroi dan berat mendadak naik...
Mahu ajak Arissa gi main park dan jogging bila dia blk melaka nanti!!
Monday, November 9, 2009
Mimpi itu bagus
Bila pagi td kat HotFM bercakap psl mimpi..sy jadi teringat pada entry eim (coursemate hyt) beberapa hari lalu yg bercakap tentang mimpi...
Eim, ni ada 1 cerita mimpi yg patut kamu tahu..
"Sy mimpi sy & tunang sy lemas kat laut..tiba-tiba dtg sorang lelaki ni dtg selamat sy. Dia hanya selamatkan sy seorg saja. Lepas dah berjaya menyelamatkan sy..kami pun terus memancing ikan..dan kami dpt ikan yg sgt byk! Sy pun terjaga dr mimpi. Secara realitinya, sy ada masalah dgn tunang sy & kami putus tunang. Tak lama lepas tu sy kenal dgn sorang lelaki ni & akhirnya kami berkahwin. Selepas berkahwin dgn dia, sy rasakan hidup sy bertambah senang & dimurahkan rezeki. Mungkin lelaki dlm mimpi sy tu adalah suami sy sekarang & ikan yg byk tu merujuk kpd rezeki yg sy perolehi kini..syukur alhamdulillah.."
Eim, hero biasanya muncul di saat-saat genting. Dan tak semua perkara superhero mampu lakukan. Dulu, sy juga macam kamu..berharap incik hayat akan sentiasa ada waktu sy jatuh, berharap dia selalu dengar cerita sy, berharap dia pujuk sy bila sy menangis dan rasa kecewa..tapi tak semua tu incik hayat mampu lakukan utk sy..tapi akhirnya sy sedar, superhero kepunyaan sy itu jg manusia biasa..yg punya cela mcm sy. Walaupun dia tak mampu lakukan semuanya..tapi dia tetap superhero sy walau dia tak punya sayap utk terbang gapaikan bintang untuk sy.
Eim, jangan terlalu berharap yg baik-baik saja tentang superhero itu..kerana takut nanti kamu yg terus kecewa..
Saturday, November 7, 2009
Berperang dgn kehendak
Semua org mahukan kesempurnaan dlm hidup..mahu hidup selesa tanpa beban hutang, beban bil-bil tertunggak, beban sara diri & bermacam jenis beban lagi yg pasti dtg setiap bulan. Kadang-kadang, bile kita tgk org berjaya, mampu pakai keta besar, beli rumah sendiri..kita pun teringin nak dapat macam yg dia ada. Tapi macam mana nak dapat kalau tak usaha kan? Dia dapat semua tu pun dtg dari usaha dia. Rezeki tak dtg bergolek..kecuali yg main Sport Toto, Magnum & segala macam jenis perjudian haram dari segi Islam tu (tapi ramai je org Islam yg main..ish2). Tapi org melayu bangsa sy ni silapnya cepat sgt kata TIDAK..bila kita nak mencuba, ada je manusia yg melemparkan kata negatif. Rezeki mmg mustahil utk dtg bergolek..so usaha itu penting.
Dan paling kita takut dalam hidup ni adalah risiko. Semua hal pun berisiko sebenarnya, cuma antara kita sedar atau tak sedar je risiko tu wujud. Kalau kita drive keta dalam hujan, risikonya mungkin kita tak nampak jln, mungkin kita akan hentam blakang keta org lain. Kalau kita bekerja di lab chemical, mungkin akan effect pada sistem badan kita kalau dah 365 hari kita sedut bau chemical tu. Kalau kita jungle tracking, mungkin kita akan sesat kalau hilang kompas. Hidup ni memang banyak kemungkinan. Hidup ni bukan sentiasa mudah.
Siapa kata tak semua org ada masalah? Masing-masing ada masalah sendiri...ada yg masalah dgn ofismate, masalah dgn bos, masalah dgn anak-anak, masalah dgn lecturer, masalah dgn study, masalah dgn duit dan ada jgk yg bermasalah dgn diri sendiri. Sampai dah tak tersenarai semua masalah-masalah yg byk kat sekeliling kita ni. Incik Hayat dgn masalah study dia yg terlampau byk keje tu (biasalah study final yr mmg camtu) dan sy yg dah bekerja ni dgn masalah kewangan tak stabil. Cuma yg membezakan seseorg dgn seseorg yg lain adalah kemampuan dia menghadapi masalah.
Perubahan utk ke arah yg lebih sempurna tu sy akui sekarang mmg terletak pada diri kita sendiri. Kita yg perlu berusaha, kita yg perlu ambil risiko dan yg paling penting kita perlu yakinkan diri kita bahawa kita boleh berjaya macam mereka-mereka yg lain tu. Hinggakan sampai satu tahap, kita akan berperang dgn diri sendiri.
Apa yg sy mahukan buat masa ini adalah semangat..
Tuesday, November 3, 2009
Tak dianggap
Emosi sy memang huru-hara akhir-akhir ni..kejap sy rasa ok, sekejap saje lagi sy akan rasa tak ok. Sy memang jenis yg cepat marah & bengang..itu negatifnya. Jika dilihat pada sudut positif, biasanya sy akan marah dgn dasyat utk beberapa jam saja..lepas tu sy akan ok balik wlpn sebenarnya dalam hati masih panas & bengang lagi. Tapi, bila sy dah ok..jgn fikir sy akan terus lupa semua yg blaku..sebab tu sy kata emosi sy huru-hara..tiba-tiba sy akan rasa bengang semula bila teringat hal itu.
Ahhh apa yg sy merepekkan ni!
Kamu kata sy terlampau banyak b'fikir..kamu kata sy suka fikir yg bukan-bukan. Tapi dengan perangai sy yg terlalu berfikir dan berfikir yg bukan-bukan ni la sy tak mudah ditipu..kalau sy langsung tak berfikir, entah macam manelah pembodohan yg sy kena kan??
Sy kah manusia yg tak dianggap?
Subscribe to:
Posts (Atom)